Penyembelihan Mukaradeeb

Pada pukul 3:00am, Jumaat 19 May 2004 di perkampungan terpencil Mukaradeeb yang terletak di perbatasan Iraq - Syrian, tentera Amerika Syarikat telah menyerang sebuah rumah yang baru sahaja menyambut majlis perkahwinan. Perayaan di Mukaradeeb sepatutnya menjadi perayaan terpenting tahun itu bagi perkampungan kecil 25 rumah, malangnya ia menjadi tempat penyembelihan oleh tentera Amerika. Haji Rakat, ketua keluarga Rakat, setelah lama melakukan perundingan, berjaya mengaturkan gabungan keluarga yang akan mendekatkan dua belah keluarga besar, Rakats dan Sabahs. Dalam perundingan tersebut, persetujuan dicapai yang akan menggandingkan anak kedua Haji Rakat, Ashad, dengan Rutba, sepupu dari keluarga Sabahs. Dalam upacara kedua salah seorang sepupu wanita Ashad, Sharifa, akan mengahwini Munawar, dari keluarga Sabak. Untuk meraikan perkahwinan dan penyatuan dua kelaurga besar ini, khemah besar didirikan di taman rumah keluarga Rakat yang merupakan tuan rumah. Pasukan pemuzik, yang diketuai oleh Hamid Abdullah, yang memiliki studio rakaman Music of Arts di Ramadi, bandar utama terdekat. Hamid Abdullah menjemput rakannya Hussein al-Ali, penyanyi popular Iraq yang sering membuat persembahan di saluran tv Ramadi sendiri. Sekumpulan pemuzik termasuk saudara penyanyi Mohaned, bermain drum dan keyboard. Perayaan bermula pada pagi Selasa dan berlarutan sehingga lewat petang. Semua orang sangat gembira. Lewat petang, para tetamu mendengar bunyi jet di udara, dan lampu konvoi menghala kearah mereka merentasi gurun. Parti tersebut berakhir sekitar 10.30 malam dan jiran-jiran mula bersurai. Pada pukul 3 pagi, tentera Amerika mengebom khemah upacara dan seterusnya seluruh kawasan tersebut. Selepas itu kenderaan berperisai Amerika meluru masuk dan mula membunuh tanpa belas kasihan kesemua lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dapat dilihat dengan mesingan. Helikopter penyerang turut menembak semua yang ada di dalam rumah dan yang berada diluar rumah.Sebelum waktu subuh, dua helikopter Chinook mendarat, dan berdozen tentera Amerika turun dan meletupkan rumah Rakat dan bangunan sekeliling untuk menyembunyikan bukti. Mayat mereka yang dibunuh bergelimpangan disekeliling kawasan tersebut. Bagaimanapun kedua mempelai muda terselamat, kerana berada di khemah lain, jauh dari rumah utama. Haji Rakat turut terselamat kerana dia tidur dirumah jiran.Pada pagi Rabu itu, 42 orang disahkan mati oleh pengurus hospital berdekatan, Hamdi Noor al-Alusi. 11 adalah wanita dan 14 lagi kanak-kanak. Antara yang mati adalah 27 ahli keluarga Rakat, jemputan kahwin dan termasuk ahli muzik yang bermain dalam upacara tersebut, antaranya Hussein al-Ali dari Ramadi, penyanyi terkemuka di barat Iraq. Antara yang terselamat adalah Antara yang terbunuh adalah:11 wanita dan 14 kanak-kanak disahkan terbunuh oleh Dr Alusi, dari hospital berdekatan.Dari masjid Ramaldi, sukarelawan dipanggil untuk menggali kubur di perkuburan kaum, pinggir selatan bandar. 27 kubur digali, setiap satu bertanda dengan nama. Satunya memberikan penjelasan -Dibom Amerika".Mrs Shihab mengesahkan tentera Amerika memeriksa dan menendang mereka yang bergelempangan bagi mengesahkan mereka benar-benar mati. Mrs Shihab masih hidup dengan berpura-pura mati. Pemeriksaan yang terperinci ini menunjukkan samaada pemerintah tentera Amerika tidak memiliki maklumat sebenar ataupun sengaja berbohong bahawa mereka tidak tahu mengenai kematian wanita dan kanak-kanak dalam kejadian tersebut.Brigadier General Mark Kimmitt, timbalan direktor operasi tentera Amerika di Iraq mendakwa tentera Amerika telah ditembak dan mereka hanya membalas tembakan dan membunuh 40 orang. Sementara Major Jeneral James Mattis, pemerintah Division Marine 1, menafikan dengan kerasnya bahawa majlis kahwin telah diserang tetapi mengakui ada kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa. "Berapa ramai orang pergi ke tengah padang pasir.... untuk berkahwin 80 batu (130km) dari tamadun terdekat? Terdapat lebih dua dozen lelaki dewasa. Jangan jadi bodoh." (40-24 menjadikan 16 mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.)Bagaimanapun Major Jeneral James Mattis, pemerintah Division Marine 1 kelihatan seperti orang bodoh apabila rakaman filem tentang majlis perkahwinan tersebut disiarkan oleh Al-Jazaeerah pada keesokan harinya, yang turut menunjukkan penyanyi Hussein al-Ali membuat persembahan sebelum mati ditembak oleh askar Amerika. Bagaimanapun ini bukannya sesuatu yang memeranjatkan, memandangkan lapuran perisikan datangnya dari badan yang sama yang melapurkan Saddam Hussain mempunyai senjata kimia dan senjata nuklear, yang terbukti hanya direka.

Berkaitan